Perbezaan sikap di antara Bible dan Qur'an mengenai perempuan tidak terhad kepada bayi perempuan yang baru lahir, tetapi menjangkauinya. Mari kita bandingkan sikap terhadap perempuan yang mahu mempelajari agamanya. Jantung kepada Judaisma adalah undang-undang Taurat. Namun menurut Talmud, "wanita dikecualikan daripada mempelajari Taurat". Sesetengah Rabai Yahudi dengan tegas berkata, "Lebih baik perkataan-perkataan di dalam Taurat dibinasakan api daripada diajarkan kepada perempuan.", dan, "Jika seorang lelaki mengajar anak perempuannya Taurat, seolah-olah beliau mengajarnya kegasangan." [8].
Sikap St. Paul di dalam Perjanjian Baru juga tidaklah lebih baik:
"Kaum wanita haruslah berdiam diri di dalam gereja. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat. Jika mereka hendak mengetahui sesuatu, mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah. Amatlah memalukan jika seseorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah." [1 Korintus 14:34-35]
Bagaimana seorang wanita harus belajar jika beliau tidak dibenarkan bercakap? Bagaimana intelek seorang wanita dapat berkembang jika beliau harus sentiasa patuh? Bagaiman dia dapat mengembangkan pengetahuannya jika satu-satunya sumber maklumatnya adalah suaminya di rumah?
Untuk berlaku adil, kita harus bertanya: adakah Qur'an mempunyai pendirian yang berbeza? Satu kisah pendek di dalam Qur'an meringkaskan pendiriannya dengan padat. Khawlah adalah seorang wanita Islam yang suaminya, iaitu Aws, dalam keadaan marah telah berkata kepadanya: "Kamu bagiku adalah seperti belakang ibuku". Bagi penyembah-penyembah berhala Arab, kata-kata ini adalah kenyataan cerai yang membebaskan suami daripada tanggungjawab mnemberikan nafkah batin, tetapi tidak membebaskan isteri untuk meninggalkan rumah suaminya, atau untuk berkahwin dengan lelaki lain. Apabila mendengar kata-kata suaminya, Khawlah merasa amat sedih. Beliau terus pergi berjumpa dengan Nabi untuk menceritakan kisahnya. Nabi menasihatkannya supaya bersabar kerana tidak kelihatan jalan keluar untuknya. Khawlah terus mendesak Nabi dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya. Tidak lama kemudian, Qur'an masuk campur: rayuan Khawlah diterima. Keputusan wahyu memansuhkan amalan yang tidak adil ini. Satu surah penuh (Surah 58) di dalam Qur'an yang bertajuk 'Al-Mujaadilah' atau 'Wanita yang Mengajukan Gugatan' dinamakan sempena peristiwa ini:
“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Alalh. Dan Allah mendengar soal jawab di antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Qur'an, Al-Mujaadilah (58):1]
Menurut pandangan Qur'an, seorang wanita berhak berhujah malah dengan Nabi kepada agama Islam sendiri. Tiada sesiapa berhak mengarahkannya untuk diam. Beliau tidak perlu menganggap bahawa suaminya adalah satu-satunya sumber rujukannya mengenai hal-hal hukum dan agama.
_____________________________________
Nota Kaki:
[8] Denise L. Carmody, 'Judaism', dalam Arvind Sharma, ed., op. cit., m.s. 197.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar