only thinker

there is a lot to learn

Kamis, 12 Mei 2011

wanita yang tidak suci

Undang-undang dan peraturan Yahudi mengenai wanita yang sedang haid adalah amat ketat. Perjanjian Lama menganggap wanita yang sedang haid sebagai tidak suci. Malah ketidaksuciannya boleh 'menjangkiti' orang lain. Apa-apa dan sesiapa yang disentuhnya menjadi tidak suci selama sehari:


    "Apabila seorang perempuan mengeluarkan lelehan, dan lelehannya itu adalah darah dari auratnya, dia harus tujuh hari lamanya dalam cemar kainnya, dan setiap orang yang kena kepadanya menjadi najis sampai matahari terbenam. Segala sesuatu yang ditidurinya selama dia cemar kain menjadi najis. Dan segala sesuatu yang didudukinya menjadi najis juga. Setiap orang yang kena kepada tempat tidur perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Setiap orang yang kena kepada sesuatu barang yang diduduki perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh diri dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Juga pada waktu dia kena kepada sesuatu yang ada di tempat tidur atau di atas barang yang diduduki perempuan itu, dia menjadi najis sampai matahari terbenam." [Imamat 15:19-23]

    Disebabkan beliau 'mencemarkan', kadang-kala seorang wanita yang sedang haid 'dipencilkan' untuk mengelakkan tersentuh olehnya. Beliau dihantar ke rumah khas yang dinamakan 'rumah yang tidak suci' untuk sepanjang tempoh beliau tidak suci [9]. Talmud menganggap wanita yang sedang haid 'bahaya' walaupun tanpa sebarang hubungan secara fizikal.

    "Rabai kita mengajarkan: ... jika seorang wanita yang sedang haid lalu di antara dua lelaki, jika pada waktu itu adalah permulaan haidnya, dia akan membunuh salah seorang daripada mereka, dan jika pada masa itu adalah penghujung haidnya, dia akan menyebabkan persengketaan di antara mereka" (bPes 111a)

    Selanjutnya, suami kepada seorang wanita yang sedang haid tidak dibenarkan memasuki saumaah jika beliau telah menjadi tidak suci walaupun disebabkan oleh habuk di bawah kaki isterinya. Seorang imam yang isterinya, anak perempuannya, atau ibunya sedang haid tidak dibenarkan menyampaikan khutbah di saumaah [10]. Tidak hairanlah ramai wanita Yahudi masih merujuk kepada haid sebagai 'sumpahan' [11].

    Islam tidak menganggap wanita yang sedang haid sebagai mempunyai sebarang 'ketidaksucian yang boleh dijangkiti'. Beliau tidak dikelaskan sebagai 'tidak boleh disentuh' atau 'disumpah'. Beliau boleh menjalani hidupnya seperti biasa kecuali pasangan yang telah berkahwin tidak dibenarkan bersetubuh semasa tempoh haid. Hubungan fizikal lain di antara mereka dibenarkan. Wanita yang sedang haid dikecualikan daripada beberapa ibadat seperti sembahyang harian dan berpuasa.

_____________________________________

Nota Kaki:

[9] Swidler, op. cit., m.s. 137.

[10] Ibid., m.s. 138.

[11] Sally Priesand, "Judaism and the New Woman" (New York: Behrman House, Inc., 1975) m.s. 24.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

bagimana pendapat anda??