only thinker

there is a lot to learn

Kamis, 12 Mei 2011

Anak-anak Perempuan Yang Memalukan

Sesungguhnya perbezaan sikap di antara Bible dan Qur'an terhadap perempuan bermula sebaik sahaja seorang bayi perempuan dilahirkan. Contohnya, Bible mengatakan bahawa tempoh masa ibu tidak suci adalah dua kali lebih lama jika beliau melahirkan anak perempuan (Lev. 12:2-5). Bible Katolik dengan jelas mengatakan:

    "Kelahiran anak perempuan adalah merugikan." [Pengkhutbah 22:3]


    "Seorang lelaki yang mendidik anak lelakinya akan dicemburui musuhnya" [Pengkhutbah 22:3]

    Rabai Yahudi menjadikan kewajipan bagi seorang lelaki Yahudi untuk memperolehi anak untuk menyebarkan bangsa mereka. Pada masa yang sama, mereka tidak menyembunyikan yang mereka mengutamakan anak lelaki: "Semuanya baik buat anak-anak lelaki, tetapi semuanya buruk buat anak-anak perempuan.", "Pada kelahiran bayi lelaki, semua bergembira... pada kelahiran bayi perempuan, semua berduka", dan, "Apabila seorang bayi lelaki dilahirkan ke dunia, kedamaian tiba di dunia... Apabila seorang bayi perempuan dilahirkan, tiada apa yang tiba." [7]

    Anak perempuan dianggap sebagai amat membebankan dan sumber yang boleh membawa malu kepada bapanya:

    "Anak perempuanmu degil? Awasi dia dengan ketat supaya dia tidak menjadikan kamu bahan tawa musuh-musuhmu, menjadi bahan percakapan di bandar, menjadi buah mulut orang, dan memberi kamu malu" [Pengkhutbah 42:11]

    "Kawal ketat anak perempuanmu yang degil, atau dia akan mengambil kesempatan di atas kebebasan yang diberi. Awasi dengan ketat matanya yang tidak tahu malu, jangan terkejut jika dia memalukan kamu."

    Pendirian yang sama ini, bahawa anak perempuan akan membawa malu, telah menyebabkan penyembah-penyembah berhala Arab sebelum kedatangan Islam menanam hidup-hidup anak perempuan mereka. Qur'an mengutuk keras amalan kejam ini:

    “Dia menciptakan apa yang dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki” [Al-Qur'an, Asy-Syura (42):49]

    Untuk menghapuskan semua amalan membunuh anak perempuan dalam masyarakat Islam, Nabi Muhammad berjanji bahawa sesiapa yang memperolehi anak perempuan akan diberikan ganjaran yang besar jika mereka membesarkannya dengan baik:

    "Sesiapa yang membesarkan anak-anak perempuannya, dan melayan mereka dengan baik, mereka akan melindunginya dari api neraka." [Bukhari dan Muslim]

    "Sesiapa yang membesarkan dua orang anak perempuan sehingga mereka dewasa, pada hari Akhirat dia dan aku seperti ini; dan baginda merapatkan jari-jarinya." [Muslim]

_____________________________________

Nota Kaki:

[7] Swidler, op. cit., m.s. 140.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

bagimana pendapat anda??