Ketiga-tiga agama bersetuju dengan satu fakta asas: kedua-dua wanita dan lelaki dicipta oleh Tuhan, Pencipta alam semesta. Namun, perbalahan bermula tidak lama selepas penciptaan manusia pertama, iaitu Adam, dan wanita pertama, iaitu Hawa. Konsep penciptaan Adam dan Hawa di dalam Judaeo-Kristian diceritakan secara terperinci di dalam Kejadian 2:4 - 3:24. Tuhan melarang mereka daripada memakan buah dari pohon larangan. Ular menggoda Hawa untuk memakannya dan Hawa pula menggoda Adam untuk makan bersamanya. Apabila Tuhan memarahi Adam atas apa yang beliau lakukan, beliau meletakkan kesalahan tersebut kepada Hawa, "Perempuan yang Kautempatkan di sisiku, dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku, maka kumakan.".
Maka Tuhan berfirman kepada Hawa:
"Susah payahmu waktu mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi kepada suamimu dan ia akan berkuasa atasmu."
Kepada Adam Dia berfirman:
"Kerana engkau mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari buah pohon, yang telah Kuperintahkan kepadamu: Jangan makan daripadanya, maka terkutuklah tanah kerana engkau; dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu"
Konsep Islam mengenai ciptaan manusia pertama dijumpai di beberapa tempat di dalam Qur'an, contohnya:
“(Dan Allah berfirman): 'Hai Adam, bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu jadilahkamu bedua termsuk orang-orang yang zalim'. Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup daripada mereka, itu auratnya dan syaitan berkata: 'Tuhan kamu tidak melarangmu daripada mendekati pohon ini melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga)'. Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. 'Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua'. Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: 'Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: 'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?'. Keduanya berkata: 'Ya Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi'.” [Al-Quran, Al-A'raaf (7):19-23]
Pemerhatian yang teliti ke atas kedua-dua kisah penciptaan ini mendedahkan beberapa perbezaan yang penting. Tidak seperti Bible, Qur'an meletakkan beban kesalahan yang sama ke atas kedua-dua Adam dan Hawa atas kesalahan mereka. Seseorang tidak akan menjumpai di mana-mana di dalam Qur'an walau sedikit pun kiasan bahawa Hawa menggoda Adam untuk memakan dari pohon tersebut, atau bahawa beliau memakannya sebelum Adam memakannya. Di dalam Qur'an, Hawa bukan penggoda, bukan yang memperdayakan Adam. Tambahan lagi, Hawa juga tidak dibebankan dengan menanggung kesakitan melahirkan anak. Menurut Qur'an, Tuhan tidak menghukum seseorang disebabkan kesalahan orang lain. Kedua-dua Adam dan Hawa telah berbuat dosa dan telah memohon keampunan Tuhan dan Dia mengampunkan mereka.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar